Tanggal 16 Mei adalah hari paling bersejarah bagi semua guru. Guru ibarat dakwat yang mencorak kain putih. Guru sering berbakti tanpa rasa letih dan jemu. Guru menempuh pelbagai dugaan dan cabaran dalam mengharungi tugasan mereka. Tugasan sebagai seorang guru adalah begitu mencabar tetapi tetap diteruskan demi melahirkan anak bangsa yang cemerlang dan berpendidikan. Selepas tamat sahaja zaman persekolah maka jasa guru mula dilupakan dan tidak dikenang kerana manusia sentiasa alpa dan mudah lupa asal usul mereka. Jasa guru perlu dikenang sehingga kita mati kerana tanpa mereka siapalah kita. SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU...